“Ada masanya kita tidak menghargai orang yang mencintai kita sepenuh hati, sehinggalah kita kehilangannya. Ketika itu, penyesalan sudah tiada ertinya lagi kerana pemergiannya tidak akan berpatah lagi.”
“Jangan mencintai seseorang seperti bunga, yang akan layu bila tiba musim berganti. Tetapi cintailah seseorang seperti sungai, yang akan mengalir selamanya..”
“Amat menyakitkan apabila mencintai seseorang yang tidak menyintai kita. Lebih menyakitkan lagi apabila mencintai seseorang yang kita tidak pernah sempat menyatakan cinta kepadanya.”
“Satu hal yang membuat kesedihan dalam kehidupan ini, bila kita bertemu seseorang yang terasa begitu bermakna. Tetapi pada akhirnya kita menyedari ia tidak bererti dan kita terpaksa membiarkannya pergi.”
“Kita hanya tahu bahawa kita amat merindukan seseorang, apabila ketika memikirkannya hati bagaikan hancur berkeping dan kemudian dengan hanya mendengar perkataan ‘hai’ darinya mampu menyatukan kembali kepingan-kepingan hati itu tadi.”
No comments:
Post a Comment