Assalamualaikum wbt. Lama kan saya menyepi.? Hehee.. Sepi saya
membawa satu soalan.
Ce teka apa hikmah Allah hilangkan orang yang kita sayang dari
kita..?
.
.
.
.
Sebab Allah nak tunjukkan yang tak semua benda kita sayang tu
milik kita.”
“Bingo.! Betul betul betul.. Tu salah satu hikmahnya. Tapi hari
ni sAyA nak fokuskan bahawa hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya
kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah”, balas saya
dalam perbualan kami di sebuah kedai makan tempoh hari.
‘Hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita belajar
untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah’
Kembali melihat diri, dalam kehidupan seharian, kita sering
bergantung kepada manusia lain. Iya kan.? Kita nak duit, kita minta pada ayah
kita. Kita sedih, kita cari mak kita. Kita putus cinta, kita cari kawan baik
kita. Kita happy, kita celebrate dengan pasangan kitaHikmahnya macam tu lah.
Bila kita dah biasa berharap pada manusia, sampai masa Allah hilangkan mereka
dari kita, kita akan rasa “Waaaa.. I dah kehilangan tempat bergantung uols”.
Padahal, Yang Maha Memberi itu adalah Dia. Yang Maha Mendengar
itu adalah Dia. Manusia ni sebagai medium je. Kalau betul kita hanya bergantung
pada Allah, kita takan sedih bagai nak rak, bertahun-tahun, robek-robek dada
bila orang yang kita sayang tu pergi dari kita. Sebab kita ada strong faith
yang Allah tetap ada untuk kita. Allah takkan pernah hilang. Dan tempat
bergantung kita takkan pernah kurang.
Bukanlah kata saya kita tiada ruang untuk bersedih saat orang
tersayang lenyap dari hidup kita. Ya, kita ada hak untuk bersedih. Rasul
kekasih Allah juga bersedih tetapi biarlah kesedihan itu berpada-pada.
Dan pada saya, bila kita selalu mengajar diri untuk tidak terlalu
meletakkan pengharapan seratus peratus pada manusia sekeliling, kesedihan itu
tidak akan berpanjangan dan dapat di kawal..jpg)
Sementara itu, saya ada lagi satu soalan.
Siapa manusia di dunia ini yang paling kuat hatinya.?
Ya, sudah tentu Rasulullah bukan.? Jom kita perhati kembali
kisah-kisah hidup yang berlaku pada baginda yang berkait rapat dengan penulisan
saya kali ni.
Ketika baginda dilahirkan, baginda tidak dapat pernah merasa
kasih sayang seorang bapa, Abdullah. Pada umur kanak-kanak, baginda kehilangan
lagi kasih sayang seorang ibu, Aminah. Nasib baik ada datuk, Abdul Mutalib dan
bapa saudara, Abu Talib yang penyayang. Tidak lama selepas itu, datuk
kesayangan pula pergi lenyap dari hidup baginda. Tinggallah baginda
bersama-sama bapa saudaranya sehingga ditemukan jodoh oleh Allah dengan seorang
perempuan hebat, Khadijah. Tetapi kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila
isteri tercinta lebih awal pergi menghadap Ilahi dan sekitar masa yang sama,
bapa saudara tersayang juga pergi tanpa pernah mengucapkan syahadah.
Hebat. Sungguh hebat dugaan yang Allah berikan kepada
kekasihNya. Untuk apakah dugaan-dugaan sebegini diberikan.? Jelas untuk
mengajar baginda supaya tidak meletakkan kebergantungan kepada manusia yang
baginda sayangi. Sebab itu orang tersayang baginda diambil Allah silih
berganti. Ia mengajar baginda untuk meletakkan pengharapan hanya padaNya. Sebab
itu juga, hati baginda menjadi kuat. Menjadi sangat kuat melalui hikmah-hikmah
sebegini.
Justeru (justeru gittew :p) untuk menjadi kuat seperti
baginda, ayuh kita belajar untuk redha dalam setiap kehilangan dan memandang
kepada hikmah dalam setiap dugaan. Dan sentiasa remind diri,
kebergantunganku seratus peratus hanyalah kepada Allah. Annyong.!