;
jodoh itu ketentuan allah, segalanya sudah di tulis disana

Saturday, January 26, 2013

Cinta Zaman Sekolah (26.1)

 tak semua orang memiliki cinta zaman sekolah, tapi hari ini aku terdetik kat hati nak menceritakan cinta zaman persekolahanku... masa tu bg aku cinta mmg indah, memang aku betul2 sayang die, tapi aku ni x pndai sangat jealous (pelikkn?? ) hahahhaa......
 tapi masa tu aku syg kat sorg laki (fAR AWAy) gelarannya sbb tu la aku bg gelaran blog aku nama tu.. walaupun x bersama aku tetap ingat die....
wah emosi pula bila ingat ni...hehehhe  
 tapi kteorg x bersama sbb kluarga, biasa la msa skul mne ada ibubapa bg brcinta.. msa tu mmg frust sgt. kdg2 pk blik mcm cte hindustan la pula... hehehehe..
tapi itu la kngan bila da besar kte akan ingat balik kn.. walaupun sedih, tp masing2 dah ada kehidupan sndiri, ~lau ada jodoh pasti bertemu kembali kn~
tp kn rsa syg msa tu lain skrg, mmg btul2 syg.. x nmpk da org lain dlm hidup.. ptutla org ckp CINTA ITU BUTA mmg btul pun... sbb aku x nmpk spe pun slain die yg pErfeCT di mata aku ni...
tp masa tu still lg guna surat, walaupun dh ada telifon bimbit.. hehehehe..
 romantikkn, bila da dewasa mcm skrg, da umur 20 thn, xde pula org nk bt mcm tu kn... hahaha...
da tua da skrg... saje je cte kisah dulu2 .. hrap2 ingat smpai bila2.. maklumlah manusia ni, cpt lupa.. tp ble da tulis, akan ingat bila bce smula..


Sunday, January 20, 2013

make up


  Hari ni kebosanan dalam bilik, nak kuar hujan… 
tapi nampak gayanya tido lagi best ***** hahaha..
 biasala remaja zaman skrang.. baik tido dari buang msa kn….
Tapi tiba2 dapat idea nak make up.. (juz want look different)hehehe…
 mberku (eira idora) mjdi juru make up...

Mari kte tgk hasilnya..










agak berpuas hati la... enjoy sgt... hehehhe.. trima kasih


Wednesday, January 16, 2013

SOLAT ISTIKHARAH

Hari ni sya nak menulis mengenai solat istikharat. apakah khasiatnya???

mari kita sama-sama mengupas persoalan ini..
*Apabila seseorang itu berada di dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukkan atau dihajati sama ada ianya membawa kebaikan mahupun keburukan terhadap dirinya, bersesuaian atau bertentangan dengan dirinya, maka hendaklah dia memohon petunjuk daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui solat Istikharah sebanyak dua rakaat..

walaubagaimanapun, solat ini juga digunakan untuk tentukan jodoh,jodoh yang halal dari ALLAH SWT.


Maksudnya:
Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ

فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ

اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي

أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ

فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ

وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي

أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ

فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.



Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.

قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.

Maksudnya:
Baginda bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1162.

jika jodoh itu ada, pasti ia akan muncul...

Tuesday, January 8, 2013

KESAYANGANKU

bila kebosanan semua kerja jadi.... hihihi

amanda adikku yg comel...

adikku yg ku syg...

mama dan abah yg romantik.. hehhehe..