;
jodoh itu ketentuan allah, segalanya sudah di tulis disana

Monday, November 26, 2012

JODOH ITU MILIK ALLAH



AWAK, JODOH ITU RAHSIA ALLAH

Assalamualaikum…                                                                                              ape yang ingin saya sampaikan ari ini, adalah rahsia jodoh..
                                                                                                                                                          

Awak jodoh itu rahsia Allah..
 
☻♥☻
/
\/\
.||.||.
SEKUAT mana awak setia...
SEHEBAT mana awak merancang...
SEJAUH mana awak menunggu...
SEKERAS mana awak bersabar...
SEJUJUR mana awak menerima saya... 
Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama..Kita Tetap Tidak Akan Bersama..
                                                                                                                                                           

Ya , memang betul semua perkara yang berlaku sudah tercatit di loh mahfuz. Tetapi dengan 1 sifat harus Allah, Allah boleh menukarnya jika Allah berkehendak untuk berbuat demikian. Kun fayakun (Jadilah, maka jadilah). Jika Allah tidak boleh menukar peraturan yang Dia cipta maka bukan tuhanlah Dia. Betul kan?

Mungkin ada yang bertanya, kenapa Allah nak tukar pula? Allah boleh tukar kalau dia suka. Misalnya Hambanya berdoa kepadanya. Allah kan maha memberi, maha mengasihani, maha penyayang. kan? Dengan berkat usaha, doa, dan tawakal, tak mustahil Allah berkehendak untuk menukar apa yang telah ditulis di loh mahfuz.

Ok. tu saja komen aku pada status tersebut. Dan aku berharap dapat menukar mentaliti segelintir masyarakat kita. Aku juga harap yang ini boleh menjadi info berguna kepada semua. Semua yang baik sesungguhnya datang dari Allah dan yang buruk adalah dair kelemahan saya sendiri. Semoga hidup anda diberkati Allah. InsyaALLAH. wassalam.

Friday, November 23, 2012

KUNFAYAKUN



Assalamualaikum wbt. Lama kan saya menyepi.? Hehee.. Sepi saya membawa satu soalan.

Ce teka apa hikmah Allah hilangkan orang yang kita sayang dari kita..?

.
.
.
.
Sebab Allah nak tunjukkan yang tak semua benda kita sayang tu milik kita.”

“Bingo.! Betul betul betul.. Tu salah satu hikmahnya. Tapi hari ni sAyA nak fokuskan bahawa hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah”, balas saya dalam perbualan kami di sebuah kedai makan tempoh hari.

  
‘Hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah’

  
Kembali melihat diri, dalam kehidupan seharian, kita sering bergantung kepada manusia lain. Iya kan.? Kita nak duit, kita minta pada ayah kita. Kita sedih, kita cari mak kita. Kita putus cinta, kita cari kawan baik kita. Kita happy, kita celebrate dengan pasangan kitaHikmahnya macam tu lah. Bila kita dah biasa berharap pada manusia, sampai masa Allah hilangkan mereka dari kita, kita akan rasa “Waaaa.. I dah kehilangan tempat bergantung uols”.

Padahal, Yang Maha Memberi itu adalah Dia. Yang Maha Mendengar itu adalah Dia. Manusia ni sebagai medium je. Kalau betul kita hanya bergantung pada Allah, kita takan sedih bagai nak rak, bertahun-tahun, robek-robek dada bila orang yang kita sayang tu pergi dari kita. Sebab kita ada strong faith yang Allah tetap ada untuk kita. Allah takkan pernah hilang.  Dan tempat bergantung kita takkan pernah kurang.

Bukanlah kata saya kita tiada ruang untuk bersedih saat orang tersayang lenyap dari hidup kita. Ya, kita ada hak untuk bersedih. Rasul kekasih Allah juga bersedih tetapi biarlah kesedihan itu berpada-pada.  Dan pada saya, bila kita selalu mengajar diri untuk tidak terlalu meletakkan pengharapan seratus peratus pada manusia sekeliling, kesedihan itu tidak akan berpanjangan dan dapat di kawal.


Sementara itu, saya ada lagi satu soalan.

Siapa manusia di dunia ini yang paling kuat hatinya.?

Ya, sudah tentu Rasulullah bukan.? Jom kita perhati kembali kisah-kisah hidup yang berlaku pada baginda yang berkait rapat dengan penulisan saya kali ni.

Ketika baginda dilahirkan, baginda tidak dapat pernah merasa kasih sayang seorang bapa, Abdullah. Pada umur kanak-kanak, baginda kehilangan lagi kasih sayang seorang ibu, Aminah. Nasib baik ada datuk, Abdul Mutalib dan bapa saudara, Abu Talib yang penyayang. Tidak lama selepas itu, datuk kesayangan pula pergi lenyap dari hidup baginda.  Tinggallah baginda bersama-sama bapa saudaranya sehingga ditemukan jodoh oleh Allah dengan seorang perempuan hebat, Khadijah. Tetapi kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila isteri tercinta lebih awal pergi menghadap Ilahi dan sekitar masa yang sama, bapa saudara tersayang juga pergi tanpa pernah mengucapkan syahadah.

Hebat. Sungguh hebat dugaan yang Allah berikan kepada kekasihNya. Untuk apakah dugaan-dugaan sebegini diberikan.? Jelas untuk mengajar baginda supaya tidak meletakkan kebergantungan kepada manusia yang baginda sayangi. Sebab itu orang tersayang baginda diambil Allah silih berganti. Ia mengajar baginda untuk meletakkan pengharapan hanya padaNya. Sebab itu juga, hati baginda menjadi kuat. Menjadi sangat kuat melalui hikmah-hikmah sebegini.

Justeru (justeru gittew :p) untuk menjadi kuat seperti baginda, ayuh kita belajar untuk redha dalam setiap kehilangan dan memandang kepada hikmah dalam setiap dugaan.  Dan sentiasa remind diri, kebergantunganku seratus peratus hanyalah kepada Allah. Annyong.!



Thursday, November 22, 2012

CINTANYA

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu..
Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu..
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta terlarang..
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu..

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu..
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehinggah melupakan aku
pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini 
telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwa-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu..


Monday, November 5, 2012

BEGINI CARANYA


Aku Tak Bisa Menyatakan Perkataan

Kelu Lidah Bila Berdepan Kamu


Aku Percaya Pada Naluri Hatiku
Yang Nyata Sudah Ada Depan Mata



Tapi Aku Masih Belum Mengenalmu
Untuk Menikmati Rasa Sebenar-Benar Cinta




Aku Tahu Di Mana Nak Cari Cintamu
Di Sini Tak Mungkin Mengalah
Dengan Apa Yang Mendatang

 Yang Ku Tahu

Kucuba Yang Terbaik Untukmu
Yang Indah Jadikan Kenangan
Yang Duka Perbetulkan



Begini Caranya Bagi Diriku
Caranya Bagi Diriku